BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM
WBT...
Lelaki idaman...
Seorang lelaki
yang aku idamkan ...
Ialah seorang
BUTA,BISU,BAKHIL DAN PAPA...
Biarlah dia
seorang yang buta ...
BUTA,
kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha’ ...
Kerana
matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi...
Asalkan
kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan ALLAH...
Asalkan dia
celik dalam melihat kesengsaraan umat di Palestin,Ambon, Bosnia dan seumpamanya.
Biarlah dia
seorang yang BISU...
Bisu,bisu
daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang
keimanan...
Bisu
daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran...
Bisu
daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran...
Asalkan
bibirnya basah mengingati ALLAH...
Asalkan
lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran...
Asalkan dia
petah membangkangkan kemungkaran...
Dan lantang
menyuarakan kebenaran.
Lelaki yang
aku idamkan ialah lelaki yang BAKHIL...
Bakhil,
Bakhil dlm memberikan senyuman...
Pada wanita
yang bukan mahramnya...
Bakhil
dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya...
Bakhil untuk
menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya...
Tapi dia
begitu pemurah untuk mempertahankan akidahnya...
Pemudah
dalam memberi nasihat dan teguran...
Sehingga
dia sanggup menggadaikan hartanya...
Bahkan
nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILLALLAH...
Kembali megah
dimuka bumi.
Lelaki yang
aku idamkan adalah seorang yang PAPA...
Papa,Papa
dalam melakukan perkara maksiat...
Papa dalam
ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan bermanfaat...
Papa dalam
memilki sifat mazmumah...
Tapi dia
cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan...
Dia begitu
kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi
pekerti yang mulia...
Dia begitu
kaya dengan sifat sabar dalm mengharungi tribulasi kehidupannya...
Dan dia
seorang yang kaya dalm membina jati diri...
Dia mahu
menjadi seorang syuhada...
Yang syahid
di jalan yang Maha Esa.
Persoalannya...
Masihkah
ada lelaki sebegini???
Semua insan impikan suami
yang terbaik...
Namun persoalannya...diri
kita bagaimana???
kita meluat dan menghina boyfriend
yang pantas memegang tangan girlfriendnya didepan mata kita...namun kita tidak sedar
kita juga asyik menonton scene2 bercumbuan mamat korea jambu tanpa ada usaha
untuk skip & forward agar mata & hati kita terpelihara daripada ingin
melakukannya...
kita mencemuh lelaki yang tidak ke
masjid ,masih asyik bermain bola dipadang
ketika azan berkumandang namun kita
tidak mencemuh pada diri sendiri yang tidak cepat2 menapak ke masjid, sebaliknya asyik memandang ke padang tanpa menundukkan pandangan kpd
lelaki ajnabi...
kita memandang rendah pada lelaki yang tidak menjaga
solat,kononnya tiada ciri2 imam yang kita idamkan namun kita tidak sedar solat
kita sendiri tidak sesempuna mana...masih
jahil dan pandang ringan bahawa kita wanita perlu menqada’ solat tertentu
selepas kedatangan haid... http://ratuhati.com/forum/index.php?topic=3530.0kita juga tidak berusaha menjaga solat kita...
Oleh yang demikian persiapkan diri
menjadi yang terbaik sebelum mendapatkan jodoh yang terbaik untuk kita.Lelaki yang baik
adalah untuk wanita yang baik...Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang
baik...
WALLAHUALAM
Renoongan boo-what
diriku & kengkawan ^_^
No comments:
Post a Comment