Thursday 29 May 2014

jasamu dikenang...


Lelaki idaman...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT...

Lelaki  idaman...
Seorang lelaki yang aku idamkan ...
Ialah seorang BUTA,BISU,BAKHIL DAN PAPA...
Biarlah dia seorang yang buta ...
BUTA, kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha’ ...
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi...
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan ALLAH...
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat di Palestin,Ambon, Bosnia  dan seumpanya.

Biarlah dia seorang yang BISU...
Bisu,bisu daripada  pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan...
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran...
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran...
Asalkan bibirnya basah mengingati  ALLAH...
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran...
Asalkan dia petah membangkangkan kemungkaran...
Dan lantang menyuarakan kebenaran.

Lelaki yang aku idamkan ialah lelaki yang BAKHIL...
Bakhil, Bakhil dlm memberikan senyuman...
Pada wanita yang bukan mahramnya...
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya...
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya...
Tapi dia begitu pemurah untuk mempertahankan akidahnya...
Pemudah dalam memberi nasihat dan teguran...
Sehingga dia  sanggup menggadaikan hartanya...
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILLALLAH...
Kembali megah dimuka bumi.

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang PAPA...
Papa,Papa dalam melakukan perkara maksiat...
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan bermanfaat...
Papa dalam memilki sifat mazmumah...
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan...
Dia begitu kaya memiliki  ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia...
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalm mengharungi tribulasi kehidupannya...
Dan dia seorang yang kaya dalm membina jati diri...
Dia mahu menjadi seorang syuhada...
Yang syahid di jalan yang Maha Esa.








Persoalannya...
Masihkah ada lelaki sebegini???

Semua insan  impikan suami yang terbaik...

Namun  persoalannya...diri kita bagaimana???
kita meluat dan menghina boyfriend yang pantas memegang tangan girlfriendnya  didepan mata kita...namun kita tidak sedar kita juga asyik menonton scene2 bercumbuan mamat korea jambu tanpa ada usaha untuk skip & forward agar mata & hati kita terpelihara daripada ingin melakukannya...
kita mencemuh lelaki yang tidak ke masjid ,masih  asyik bermain bola dipadang ketika azan berkumandang  namun kita tidak mencemuh pada diri sendiri yang tidak  cepat2 menapak ke  masjid, sebaliknya asyik memandang  ke padang tanpa menundukkan pandangan kpd lelaki ajnabi,
 kita memandang rendah pada lelaki yang tidak menjaga solat,kononnya tiada ciri2 imam yang kita idamkan namun kita tidak sedar solat kita sendiri tidak sesempuna  mana...masih jahil dan pandang ringan bahawa kita wanita perlu menqada’ solat tertentu selepas kedatangan haid... kita juga tidak berusaha menjaga solat kita...
Oleh yang demikian persiapkan diri menjadi yang terbaik sebelum mendapatkan  jodoh yang terbaik untuk kita.Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...
WALLAHUALAM
Renoongan boo-what diriku & kengkawan ^_^

"JODOH ITU MUTLAK RAHSIA ALLAH"



Ada yang sudah dekat tiba-tiba menjauh… Ada yang jauh tiba-tiba mendekat… Ada yang sudah sayang tiba-tiba membenci… Ada yang belum kenal tiba-tiba menyayangi… Ada yang sudah dijadualkan tarikh nikah tiba-tiba bergaduh… Ada yang tidak dikenali tiba-tiba datang mengajak nikah… Ada yang sudah dijodohkan tiba-tiba dibatalkan... Ada yang tidak dikenal sebelumnya tiba-tiba menjadi jodohnya. 

Itulah rahsia JODOH…

Hanya Dia yang tahu bila kita bertemu jodoh…Hanya Dia yang tahu dengan siapa akan jadi jodoh kita…Hanya Dia yang tahu dengan cara apa kita bertemu jodoh…
Tugas kita adalah berusaha dengan cara yang baik…Tugas kita adalah berusaha dengan menjadi baik…Tugas kita adalah menerima apapun keputusan terbaik menurut Allah…Dan satu hal jangan kita abaikan…Jangan pernah merasa penat meminta dan terus meminta melalui DOA kepada-Nya…






Tuesday 6 May 2014

SUAMI itu ANuGERaH sementara...




Ye…x dinafikan sang suami diciptakan ILLAHI untuk melindungi…membimbing dan mendidik sang isteri… ^_^ siape x nak hubby ala2 ustaz kan kan kan..hehe

Namun…bagi diri yang kerdil lagi jahil ILMU ini merasakan setiap wanita/dak perempuan/gadis or yg lebih havoc buat mse kini ge- gurl  or cikaro…perlu mempersiapkan diri terlebih dahulu sebelum masok ke alam perkahwinan…bila mana ditanya…ini adalah jawapan yg sering kali keluar dari tebing bibir kebanyakan gadis…

“ ala….nanti kawin belajar la…nanti kawin buat la…nnti kawin berubah la…itu kan tggungjawab suami kan???...” 
 
Honoursly…for me it was nonsence n jawapan tidak bertanggungjawab jika ia keluar dri mulut seorang gadis…kite sbg wanita perlu cuba sedaya upaya mengejar ILMU duniawi mahupown AKHIRATI…agar kite tidak terlaloo bergantung pada sang suami…andai…jika…mungkin...suatu saat…tanpa diduga ALLAH menarik kembali anugerah(suami) dari hidup sang isteri… mampookah kite berdiri dengan kaki sendiri...cukupkah ilmu agama didada utk mghadapi dugaan hidup yg bakal mndatang wallahua’lam

#  sesungguhnya ALLAH tempat sebaik-baik dan terhebat untuk bergantung… ^_^

Renoongan boo-what diri n semua yg mengenali ^_^