Tuesday 2 July 2013

Sayu berimamkan Ustaz Hazlin di tgh padang Stadium MBPJ

Saat menderu moto yg ku bonceng  semakin hampir mendekati stadium MBPJ sudah menggetarkan hati…xtw mengapa hati ni bedegup kencang…mungkin kerana azam dan niat  yg sudah lama terpendam  bakal tercapai seberapa tika saja lagi…”melihat ustaz azhar idrus secara LIVE”...ye…sbelum ni sudah byk kali mghadiri kuliah beliau di surau2 berdekatan dengan Universiti Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu tempat aku belajar kini.Negeri Penyu itu adalah negeri kelahiran dan tempat tinggal pendakwah bebas terkenal tersebut namun tidak sekali pown aku dapat mendengar beliau berceramah secara bersua muka…Surau yg aku hadiri biasenye ade penghadang pembahagi  antara kawasan saf muslimin dan muslimat.

Satu ketika dahulu semasa aku di Semester  1 aku pernah bersua muka secara dekat dengan beliau di sebuah kedai Komputer di pusat Bandar Kuala Terengganu namun betapa ruginya bila dipikirkan kembali saat itu kerna ketika itu aku hanya tahu “gitu2” je tntang beliau.Hanya cam tak cam shje wajah beliau,blum lagi mengikuti ceramah2 beliau di You Tube.Biarlah orang nak kate aku taksub pada beliau atau ape pown…janji aku tw ape yg buat x bercanggah dengan suruhan-NYA.yang aku tw perasaan seronok itu tidak dibuat2 untuk duduk berkumpul dengan golongan dirahmati ALLAH bersama2  mendapat ilmu ALLAH secara LIVE.Aku sangat menghormati beliau seperti seorang  guru yg da membuka jalan untuk aku lebih mendalami ilmu agama selepas mndengar ceramah2 beliau.Bak kate sahabat sekuliahku dahulu.” Buatlah ape pown nak buat dalam hidup…janji tak langgar suruhan ALLAH”…Dengan izin dari ALLAH Azza Wajalla, syukur Alhamdulillah jauh di Petaling Jaya ini tempat pertemuan aku dengan golongan beriman,berilmu dan beramal yg in sha ALLAH  sudah pasti mendapat keredhaan ALLAH Azza Wajalla dalam usaha mereka menyampaikan ilmu ALLAH penyambung perjuangan  para anbia… Nabi Junjungan Kite Smua…Nabi  Muhammad Ya Rasulullah saw .Aturan ALLAH untuk aku menjalani Latihan Industri ku di Kelana Jaya membawa seribu hikmah padaku.TErima Kasih ALLAH Ya Rabb.

Setelah mengambil tempat di tikar yg sudah sedia terbentang bgi bakal pengunjung yg diredhai ALLAH kerna menghadiri majlis ilmu(Taman Syurga)…tanpa disedari mengalir air jernih jatuh kepipi ku…sayu benar rasenye azam dan niatku tercapai setelah sekian lame.Ditambah dengan Qasidah dari adik2 comel berjubah putih lengkap beserban sangat menyejukkan mane2 mata yang memandang dan menyayukan hati yang mendengar …dari selesai magrib tadi mereka telah mula berqasidah sebagai pembuka majlis  bisik hatiku.Mereka inilah bakal2 pemimpin suatu hari nanti…pemimpin yang beriman yang meraikan dan mengamalkan sunnah Rasulullah saw yang bakal mnjadi contoh kepada generasi akan datang in sha ALLAH dengan  izin ALLAH.

Hati makin tidak sabar menunggu forum perdana dimulakan.Semasa lalu di depan Amcorp Mall mencari parking tadi aku telah terpandangkan pengurus Ustaz AZhar Idrus bersama Ustaz Syed NOrhisyam bersalaman dengan para pengunjung yg lain, namun kelibat Ustaz Azhar masih belum kelihatan dimataku hinggalah...tiba2  satu pengumuman tntang sudah masoknye waktu fardu isyak kedengaran dan azan bakal dilaungkan sebentar lagi.Semua pengunjung dijemput untuk mengambil tempat untuk solat isyak berjemaah. Subhanallah…xpernah seumur hidupku  terbayang akan solat berjemaah beramai2 ditengah padang…kupikirkan pemain bola je yg berpeluang menikmati nikmat solat berjemaah di padang yg lapang berbumbungkan langit ciptaan ALLAH yg tiada tolak bandingan indahnya.ALHAMDULILLAH. Kemanisan nikmat berjemaah bertambah dirasai apabila mendengar suara lunak Ustaz Haslin Baharin  mengalunkan ayat suci Al-Quran mengimamkan ratusan jemaah atau lebih.Terkejut sungguh hatiku menganggu kekusyukan solat kerana sangat cam akan suara tersebut…Ustaz yang terkenal dengan gelaran Ustaz Bollywood.hehe

Selesai solat MC menjalankan tugasnya, aku bersama sepupu segera mencari tempat terbaik dihadapan.Dari jauh nampak Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Haslin Baharin Dan Ustaz Syed NorHisyam  diiringi naik kepentas.Subhanallah…sejuk mata memandang mereka2 yg dekat dengan ALLAH ini…tenang sungguh air muka mereka.Menonton di TV mahupown di You TUBe lain benar perasaannya jika nak dibandingkan perasaan aku tika itu.Bagaimana pulalah sayunya hati tika kite dapat melihat wajah RASULULLAH saw di hari kebangkitan nanti…wajah maksum yg terpelihara dari dosa.Subhanallah tak terbayang rasanya hati ini.Teringat akan kisah pelajar UIA yang bermimpi bertemu Rasulullah saw …
“wajah yang bercahaya .Wajah baginda Subhanallah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajah baginda. “
Semoga kite semua  beroleh syafaat baginda RAsulullah saw disana nanti.In sha ALLAH.

Tajuk forum perdana pada malam itu ialah Negeri Yang BAik mendapat KEampunan Allah.Seperti biase yang ku tonton dari You Tube moderator Ustaz Syed Norhisyam  mengendalikan forum perdana dengan menceritakan sedikit cerita  sebagai pembuka forum.Malam itu cerita beliau mengahadiri majlis perkahwinan ustaz Azhar  lalu ustaz Azhar berbisik sesuatu kepada beliau dikongsi bersama semua pengunjung yang khusyuk mendengar.Apa yg dibisik menjadi tanda semua apabila gambar tersebut diupload dilaman social Facebook…katanya hanya dengan bergambar dengan Ustaz Azhar sudah dapat mnumpang popularity…gambar tersenut mendapat “like” tertinggi di Facebooknya…

Dimulai dengan UStaz Haslin kemudian sesi menjawab soalan dari soalan2 terkumpul oleh Ustaz Azhar. 2 pusingan berlangsung  berkaitan tajuk dan pusingan ketiga adalah berkenaan persoalan bulan ramadhan memandangkan kurang atau lebih seminggu lagi in sha ALLAH kite smua bakal menjalani ibadah puasa.

Antara pengisian pada malam itu yg dapat aku kongsikan adalah:

UAI: pemimpin memain peranan penting dalam menghasilkan negeri yg baik …ALLAH tidak memandag negeri tersebut tetapi memandang pemimpin yg memimpin negeri tesebut.Tanggungjawab yang dipikul pemimpin amatlah besar dalam mengadakan program2  forum sebegini supaya penceramah agama dapat menerangkan apa yang patut yang tidak patut dilakukan kepada masyarakat.Program2 agama perlu ditingkatkan dalam mendapat keredhaan ALLAH.

Ustaz Bollywood: Solat will give a guideline. Anak yg cukup solat 5 waktunya  tak salah untuk dia bercinta asalkan berada dilandasan yg benar.Solatnya akan memeliharanya dari melalukan perkara yg bercanggah…tiada berpegangan tangan , bermesej  tetapi tidak meleret2 benda yg tak perlu dan perkara2 haram yang tidak sepatutnya yang lain.

UAI: Kalau beri duwet yang banyak pada rakyat boleh bagi kemenangan dan pemimpin tu dikatekan baik…Kalau beri duwet yang banyak boleh tarik orang ikut agama islam …baik NAbi Muhammad saw tak perlu bersusah menyampaikan dakwah mengajak manusia mentaati ALLAH.Baik baginda saw minta dari Jibril duwet berjuta bagi pada orang kafir supaya mereka masuk islam.                                          
Fikir2kanlah maksud tersirat kate2 beliau tersebut


Ustaz Bollywood: orang yang  tidak sombong tidak akan menghina para ulamak,penceramah agama.  LAntak “dia”lah  nak kahwin lebih pown.Yang korang sibuk nak menghina beliau begitu begini di Facebook knape??ingat “die” je ke nak kahwin lbih???aku pown nak! Hahhaa…dengan nada gurauannya.Aku bukan takowt nak kahwin lebih tapi isteri yang menakutkan” hahaha                            gurau beliau yg tidak kering dgn lawak jenakanya

UAI: pemimpin sepatutnya bersikap pemurah di bulan ramadhan.Ni tak…bulan syawal beria buat open house sampai habis syawal…sampai bulan zulkaedah tak berhenti lagi dengan open house.Sepatutnya bulan ramadhan la ambil kesempatan beri orang makan.Buat majlis berbuka PUase.bagi golongan yang berada pula laburkan sedikit duwet belanja golongan susah…belikan baju raya buat mereka sekeluarga.berkongsi rezeki.Kita akan berasa puas memberi makan orang pada bulan ramadhan dengan duwit kte bukan niat untuk ujub atau bangga dengan  pemberian kte tu.

Smoga aku berpeluang lagi menghadiri Taman2 Syurga yang lain.Amin...


Friday 11 January 2013

NIKMAT REMPIT KAT HIGHWAY...


Bismillahhirahmanirrahim...
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatu...

Saya  suka lalu highway rempit naik moto ngan MAK saya!!!...ley cuci mata!!! Upss sory ek...BUKAN cuci mate menengok lelaki2 kurang hensem mahupown yang kacak bergaye...sama ada mat rempit mahupown yg berdrift laju dengan kerete sport masing2  TAPI!!! ...CUCU MATA  melihat keindahan ciptaan ALLAH yang Maha Agung...gunung ganang berkabus tatkala sejuk kedinginan pabila hujan berhenti...kecantikan warna langit yang berbeza2 mengikut cuaca...kehijauan tumbuh-tumbuhan melata...sama ada yang setinggi semut mahupown tinggi melebihi tiang lampu sepanjang highway...burung2 berkicau  yang terbang berkelompok di langit biru...awan berarak yang membentuk pelbagai bentuk dan yang terbaru adalah bentuk aiskrim giant hehe...banyak lagilah keindahan  yang tiada tandingan indah penciptaanNYA...jika nak di LISTkan semua...sampai besok pown saya tak abis mengarang...

If naik kereta??? Korang rase korang sempat tak nak mengintai semua keindahan tu??? Alaaa...mesti ada yang jawap...” sempat jerrr...kereta ktorang ada tingkap ok!!! Bapak ktorang selalu jerrr benti kat R&R yg ada ada sepanjang jalan tu nak buang air...”....haha...pandai korang menjawab ek...

Tak saya nafikan...korang yg naik kereta...yang naik lori mahupown yang naik kapal terbang juga tak terlepas pandang melihat keindahan alam ciptaan ALLAH Azza Wajalla...pemilik segala yang ada dilangit dan bumi ini....TAPI...NAK KABOnye kat sini...NIKMATmelihat semua itu tatkala MEREMPIT dengar MOTOR adalah BERBEZA kerna kita melihat segalanya tanpa halangan TINGKAP!!! SUBHANALLAH indahnye alam ciptaan NYA...MAHA BIJAK MAHA BERKUASA ALLAH PENCIPTA kite... tuuuuu blom ditambah dengan part moto rosak tengah2 highway dengan lori sebesar alam lalu kat tepi ktorang laju2...part tayar pecah...part brek putus coz bwk laju sgt...hurmmmmm xpe2 thats not the point yg nak diciter...

Ok continue...  

Perasaan BEST tu...tak dapat digambarkan dengan kate2...korang sendiri kena merasainya...klu stakat merempit dari umah pergi kedai Pak Mat tak sampai sebatu dari umah...tak pown paling jauh gi bandar yang tak sampai setengah jam tu APA BARANG BRO!!!! Huhu...ni jalan jauh...PERAK ke KL , PERAK ke PENANG and paling jauh stakat ni yang MOTO HONDA WAVE mak aku pernah luncuri ialah dari PERAK ke GUA MUSANG,KELANTAN...and around the corner ni kami bakal meredah TERENGGANU ke PERAK pulak...WAH! TAK SABAR asenye!!!

Angin bukan setakat sepoi2 bahase...TAPi TAHAP angin sepoi2 BERTEPUK TAMPAR...MeNYEPAK-NYEPAK pipi rasanya...TAK SEMPAT NAK RASE MENGANTUK pown taw!...kalau naik kereta???hurmmmm bukan setakat rase mengantok sepanjang jalan...tapi siap berdengkur...pakej air liur basi meleleh tanpa sdar agy...KaN? KaN?KaN???...alaaaaaaa tak payah nak kelentong la....Saya sendiri pernah merasa mase naik kereta pakcik makcik hahaha(kantoi sudaaaaaa)...

Tetiba rasa bersyukur sangat saya punya motosikal berbanding kereta...biarlah orang pandang serong atau mengecil-ngecilkan kesusahan dan kedegilan mak saya yang hendak meredah MALAYSIA ini dengan moto kesayangannye...saya taw siapa mak saya dan kenapekedegilannya itu,pendiriannya tak nak menyusahkan adik-beradiknya itu dipertahankan sejak ABAH da pergi mengadap ILLAHI...orang hanya pandai berkata-kata dan menghina...namun bak kata pepatah...BERAT LAGI BAHU MEMIKUL  DARIPADA MATA YANG MEMANDANG...ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang ada didalam hati dan yang kita zahirkan...

Aku SANGAT BANGGA punya EMAK sehebat,secekal dan sekuat MAK...sepanjang jalan...sambil melihat alam ciptaan ALLAH Maha Esa yang ada di kiri di kanan di langit dan dibumi...dalam mase yang sama aku juga melihat sayu dari belakang kegigihan emak meredah hujan untuk menuju ke destinasi sebagaimana gigih emah bersusah payah membesarkan kami 6 beradik untuk memastikan kami menerima pendidikan, kasih sayang yang sempurna dalam menuju ari mendatang tanpa bantuan suami dan ABAH kesayangan kami...semoga emak mendapatkesenangan di akhirat kelak dan perolehi SYURGA ALLAH di atas segala ujian yang dah MAK tempuh sepanjang hidupnya...amin YA RABB

AISHHhh...melalut buat cerita sedih plak aku ni...berbalik pada cerita highway...agak kagum benanye...biasenye naek bas...sempat menjenguk gunung ganang...hutan2 aje...sekali...naik moto...ladang LEMBU pown aku nampak daaaaaaaa...huhu...memang sempoi ar...ladang lembu ada kat highway...TEROR btoi penternak2 kat Malaysia ni ek huhu...kan sini 1 lagi pelajaran tentang BESARNYA kekuasaan ALLAH Azza Wajalla terdetik dihati...tu la dikatekan kekuatan dalam mencarii rezeki...besarnya nikmat yang da ALLAH sediakan untuk kite...REZEKI ALLAH ada dimana2...kite je kena RAJIN & KREATIF dalam mencari lubuk2 rezeki.

Actually banyak agy benda yang aku “USHA” kat highway tu nak dikongsi...macam awan bebentuk ice-cream GIANT ( da la tyme tu aku tgh lapar hehe) , empangan air, tempat ala2 sungai n memacam  agy  ar....tapi ase cam byk sangat da melalut ni. Baik aku tarik diri dulu hhuhu...sebelum korang yang kowt2  da bosan membace ni...terus rase extra bosan hehe.... 
  
yang pentingnya...JUZ NAK BOLD kan kat sini...ALAM ciptaan ALLAH ni sangat indah dan keindahan ciptaanNYA tu ada kelebihan dan kepentingan masing2 pada kehidupan...kita x mampoo nak memikirkan bagaimana BIJAKnya penciptaan NYA...teringat pada 1 ayat  ni... "dengan melihat ciptaan ALLAH...merenung dalam2 keajaiban dan MAHA BESAR kebijaksanaan ALLAH in sha ALLAH akan bertambah keimanan kite...dan  kite akan rasa terlalu kerdil di sisi -NYA..." cara mata masing2 memandang adalah berbeza2...namun jika kita pandang dari sudut kaca mata ISLAM nescaya pahala akan kita kecapi...kerna terzahir dengan kata2 mahupown terdetik dihati tasbih SUBHANALLAH pabila kagum dengan ciptaanNYA
 wasalam (^_^)