Friday 5 October 2012

TIADA YANG SUDI BANTU ABAH



Hati merasa insaf dan berazam untuk menambah kebaikan dan perbaiki diri dalam persediaan bertemu ALLAH Azza Wajalla apabila aku membaca 1 part dalam buku  TERPELANTING DARI SIRATULMUSTAKIM terbitan PTS Millennia...

*** sangat syorkan setiap islam mahoopown non-islam miliki buku ini
***kita taw tahap diri kite...kite malas nak bace & fahamkan tafsir AL-QURAN 
so insyaALLAH dengan buku2 ilmiah ini dapat mnjadi backup dari kezaliman kite pada diri sndiri yg mengabaikan untuk pahami kitab ALLAH- AL-QURAN AL-KARIM

-----page 79-----

Di akhirat kelak, disaat kite di timbang di  mizan...sebelum melalui siratolmustakim, jika ketika itu timbangan kebaikan kite kurang / beza walau hanya sebesar biji sawi sebesar zarah daripada timbangan kejahatan kite, ALLAH yang Maha Pengasih memberi peluang kepada kite untuk pergi ke Padang Masyar meminta bantuan ahli keluarga kite untuk memberi kebaikan mereka kepada kite agar kite terlepas dari siksa api neraka...

 “ Wahai hamba-KU, pergilah ke Padang Masyar, semoga ada orang yang memberimu kebaikan”

...namun tiada siapa yang mahu memberi kebaikan mereka walau hanya sebesar zarah walau hanya seberat biji sawi kerna masing2 takowt akan timbangan masing2 juga tidak mencukupi...

Kemudian  mereka pergi menemui saudaranya dan berkata...

       “wahai saudara daripada ibu dan bapaku. Aku kekurangan satu amal kebaikan. Berikan aku satu kebaikan supaya aku dapat memberatkan timbangan kebaikanku”

Saudaranya berkata...

       “Sesungguhnya aku juga takut akan apa yang engkau takutkan, sebab itu aku tidak memberi kebaikanku pada kamu”

Kemudian saudaranya terus pergi meninggalkannya...

Dia tidak berputus asa...dia pergi bertemu ibu,bapa,isteri dan akhirnya anaknya seorang demi seorang...namun semua memberi jawapan yang sama...semua pergi meninggalkannya...

Selepas gagal mendapatkan kebaikan daripada bapa,ibu,isteri dan anaknya, dia kembali kepada ALLAH dengan ketakutan. 
Beliau berkata,

“ Wahai Tuhanku, aku sudah meminta daripada saudaraku, ibuku, bapaku, isteriku dan anakku. Namun tidak seorang pun daripada mereka yang mahu memberikan kepadaku satu kebaikan.”
Kemudian ALLAH berkata...

       “ Aku lebih sayang padamu daripada mereka . Wahai malaikat-Ku, masukkanlah dia ke dalam syurga.”

SUBHANALLAH...ALLAH itu teramat lah kasih kepada kita DIA yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...tiada tolok bandingan...

Cuba perhatikan tafsiran Ibnu Abbas ni. Walaupun mereka adalah anak, isteri, bapa dan ibunya sendiri, maka mereka tetap tidak mahu memberikan amal kebaikan mereka. Walhal hanya satu amal kebaikan sahaja yg dimintanya adalh yang paling kecil nilainya.Dia hanya meminta kebaikan yang sebesar zarah ataupun sebesar biji sawi sahaja. Walaupun begitu, mereka masih berat hati memberikan dan rela meninggalkan bapa, suami, anak ataupun  ibu sendiri dalam keadaan ketakutan berhadapan dengan balasan api neraka.

Daripada tafsiran ni dapat dibayangkan betapa dahsyatnya proses timbangan amal. Mereka yang lebih berat amal kejahatannya pasti menangis. Sebaliknya, mereka yang lebih berat amal kebaikannya pula pasti berbahagia.


·         Dari hanya sedikit part of  dis book...its really1000x means to my life...apa yg penulis ni sampaikan dalam buku TERPELANTING DARI SIRATOLMUSTAKIM ni da jadikan aku ISLAM yang BARU...seorang yg btol2 ISLAM...status ISLAM  dalam kad pengenalan yg layak aku banggakan...

·         AKU bayangkan insan di dalam ayat ALLAH itu( yg kurang sebesar zarah kebaikan dan meminta2 ihsan dri saudaranya namun kecewa tnpa sbrg ihsan) adalah ALLAHYARHAM ABAHKU...aku xnak abah tersayang ku dimasokkan dalam neraka dengan perasaan sedey krana aku anaknya sndiri kejam & zalim pada ABAH sndiri.AKU BERTEKAD UNTUK MENGUMPUL SEBANYAK MUNGKIN KEBAIKAN...AGAR APABILA MANA  AHLI KELUARGA KU MEMERLUKAN BANTUAN IHSAN KEBAIKAn KU...AKU DAPAT MEMBERISEBANYAK MANA>>SEBERAH MANA ZARAH YANG MEREKA PERLU KAN... ^_^ ALLAHUAKBAR!!!...BANTU AKU MENDAPAT SYURGAKU BERSAMA SEMUA AHLI KELUARGAKU & JIKA MUNGKIN...SEMUA UMAT ISLAM Y G LAIN...namun aku taw aku bukan siapa2 disisi-MU aku terlalu kerdil dan byk dosa. Jauh dari syafaat NABI ALLAH MUHAMMAD...YA ALLAH bantu aku supaya istiqamah untuk jadi HAMBA-MU yang tinggi kedudukan di sisi- MU dan layak mnjadi umat yg akn menerima SYAFAAT RASULULLAH (SAW)  amin Ya Rabbal A’lamin

WALLAHUAAM
Renoongan boo-what diriku yg berdosa ini dan sahabat2 yg dirahmati ALLAH sekalian (^_^)

No comments:

Post a Comment