Thursday 6 December 2012

Tuhan Berkuasa Ke Atas Kita

Tuhan Berkuasa Ke Atas Kita

http://cahayamukmin.blogspot.com/2012/11/tuhan-berkuasa-ke-atas-kita.html 

Setiap hari engkau menghirup udara,
engkau boleh lupakan Tuannya?!
Itulah Tuhan yang menghidupkan engkau
Kalau Tuhan stop udara matilah engkau
Mengapa engkau boleh melupakan Tuhan begitu sahaja?!

Setiap hari engkau makan rezeki dari Tuhan
Engkau tidak jatuh hati dengan-Nya
Bahkan engkau boleh melupakan-Nya
Betullah engkau hamba yang tidak ada hati perut!
Di waktu engkau sakit Tuhan sembuhkan
Di waktu perlu rehat Tuhan tidurkan,
bangun segar semula
Engkau bertenaga semula,
boleh menyambung kerja

Engkau tidak terasa terhutang budi kepada-Nya?
Engkau tidak nampak lagikah
kuasa Tuhan kepada engkau
Dia boleh memperbagaikan keadaan engkau
Sekali-sekala engkau gembira,
sekali-sekala engkau dukacita
Adakalanya engkau sakit,
adakalanya engkau sihat

Begitulah seterusnya Tuhan menjadikan engkau
berbagai-bagai keadaan
Engkau ingat itu semuanya kuasa engkau
Itulah dia kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa
Takutilah Tuhan,
Dia boleh buat apa sahaja kepada kita

Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2012/11/tuhan-berkuasa-ke-atas-kita.html#ixzz2EG9lIaec

AnDA adalah ANDA

 Bismillahirrahmanirrahim
 Assalammualaikum...

ref:http://mummycool.blogspot.com/2011/01/kata-kata-semangat.html 

Kata-kata motivasi:
“if you live to other people’s expectation, you will kill your potential. But if you live your life based on what you want to achieve, what you enjoy doing and what you want to be,you your potential is limitless! Follow to your heart – Andrew Matthews.

Jika Anda mahu mencapai kejayaan semata-mata mahu mengatasi orang lain atau nak berjaya semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain, 
Anda akan membunuh potensi diri Anda 
sebab Anda hidup di dalam dogma iaitu bertindak berdasarkan apa yang orang lain kata.
Anda tidak ada impian sendiri,
 tapi hidup berdasarkan impian yang diset oleh orang lain terhadap diri Anda. 

Walaupun Anda berjaya, Anda akan rasa ‘kosong’. Bila ada orang lain muncul lebih berjaya daripada Anda, timbul rasa dengki, iri hati, sakit hati.

Jika Anda mahu mencapai kejayaan sebab Anda mahu menjadi ‘somebody’, 
 mahu mencapai apa yang Anda impikan, 
Anda seronok melakukan perkara yang Anda sukai,
 potensi Anda untuk berkembang sentiasa ada, 
bahkan tak ada had! 
Anda akan terdorong untuk belajar perkara baru di api-apikan oleh rasa ingin tahu. 
Anda akan maju tanpa Anda sendiri menyedarinya.
Meminta pendapat orang lain, itu satu perbuatan yang bagus. 
Tapi, jangan bergantung pada pendapat orang lain semata-mata sebagai pentunjuk hidup. 

Cara paling baik adalah gunakan pendapat orang sekeliling sebagai panduan kemudian gabungkan dengan idea Anda sendiri.

Jika kegagalan berlaku, berhentilah menyalahkan orang lain!!!. 
Ambil tanggungjawab atas tindakan Anda.!!!

Walau apa jua yang berlaku, terima dengan rasa bertanggungjawab. 
Salahkan dalaman, jangan salahkan luaran. 
 
Maksudnya, salahkan diri sendiri kerana berbuat silap dan kerana tidak berbuat sehabis baik.
Mulai hari ini, apa jua orang kata pasal Anda, dengar dan gali motivasi di sebaliknya. 

Jangan melenting, 
jangan jadi bad mood,
 jangan mengamuk tak tentu pasal.
 Dalam memburu kejayaan, Anda kena belajar dari segenap perkara, walau ia sesuatu yang pahit.


**Yang penting jangan CAKAP BESAR sebelum betul2 berjaya! walaupun cakap2 itu untuk motivasi diri anda sendiri, tapi sebaliknya simpan dan bincang untuk diri anda dan pasangan anda sahaja. tidak perlu diwar war kan pada orang sekeliling kelak anda sendiri yg akan dapat MALU..!! nak contoh?
 TEPUK DADA TANYA SELERA!!!!

CAHAYA HATI




 Bismillahhirrahmanirrahim...
 Assalammualaikum...

CAHAYA HATI (by opick)...
   

dengar lagooo x mo la dengar n layaannnn sajeeeee....hayati maknanya seperti mana kite perlu memahami tafsir AL-Quran sehingga meresap ke dalam hati...agar dapat mencuci hati kotor kite yang bertapok dose dari hari ke hari...
xperluuu tunggu dengarrr lagu nasyid....lagu rock powwwwn if ada makna yg baik untuk disampaikan...hayati maknanya(lebih2 lagi lagu2 wali band)...wallahualam...

manusia yang berfikir sejenak lebih baik dari beribadah seribu tahun...
 kenangilah dose2 mu...nescaya...menitis  la air mata TAUBAT...segera bersujud pada-NYA...


Allah engkau dekat… penuh kasih sayang
Takkan pernah ENGKAU biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


ALLAH Rahman… ALLAH Rahim
Allahu Ya Ghafar… Ya Nurul Qolbi
ALLAH Rohman… ALLAH Rahim
Allahu Ya Ghafar… Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas… di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga… yang memberi segala

ALLAH Rahman… ALLAH Rahim
Allahu Ya Ghafar… Ya Nurul Qolbi
ALLAH Rohman… ALLAH Rahim
Allahu Ya Ghafar… Ya Nurul Qolbi

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu… cahaya-Mu

ALLAH Rahman… ALLAH Rahim
Allahu Ya Ghafar… Ya Nurul Qolbi
ALLAH Rohman… ALLAH Rahim
Allahu Ya Ghafar… Ya Nurul Qolbi

Yaa ALLAH… Ya Rahman
Yaa ALLAH… Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa ALLAH
   renoongan boo-what diriku yang hina banyak dose dan akhi ukhti sekalian...

Friday 5 October 2012

TIADA YANG SUDI BANTU ABAH



Hati merasa insaf dan berazam untuk menambah kebaikan dan perbaiki diri dalam persediaan bertemu ALLAH Azza Wajalla apabila aku membaca 1 part dalam buku  TERPELANTING DARI SIRATULMUSTAKIM terbitan PTS Millennia...

*** sangat syorkan setiap islam mahoopown non-islam miliki buku ini
***kita taw tahap diri kite...kite malas nak bace & fahamkan tafsir AL-QURAN 
so insyaALLAH dengan buku2 ilmiah ini dapat mnjadi backup dari kezaliman kite pada diri sndiri yg mengabaikan untuk pahami kitab ALLAH- AL-QURAN AL-KARIM

-----page 79-----

Di akhirat kelak, disaat kite di timbang di  mizan...sebelum melalui siratolmustakim, jika ketika itu timbangan kebaikan kite kurang / beza walau hanya sebesar biji sawi sebesar zarah daripada timbangan kejahatan kite, ALLAH yang Maha Pengasih memberi peluang kepada kite untuk pergi ke Padang Masyar meminta bantuan ahli keluarga kite untuk memberi kebaikan mereka kepada kite agar kite terlepas dari siksa api neraka...

 “ Wahai hamba-KU, pergilah ke Padang Masyar, semoga ada orang yang memberimu kebaikan”

...namun tiada siapa yang mahu memberi kebaikan mereka walau hanya sebesar zarah walau hanya seberat biji sawi kerna masing2 takowt akan timbangan masing2 juga tidak mencukupi...

Kemudian  mereka pergi menemui saudaranya dan berkata...

       “wahai saudara daripada ibu dan bapaku. Aku kekurangan satu amal kebaikan. Berikan aku satu kebaikan supaya aku dapat memberatkan timbangan kebaikanku”

Saudaranya berkata...

       “Sesungguhnya aku juga takut akan apa yang engkau takutkan, sebab itu aku tidak memberi kebaikanku pada kamu”

Kemudian saudaranya terus pergi meninggalkannya...

Dia tidak berputus asa...dia pergi bertemu ibu,bapa,isteri dan akhirnya anaknya seorang demi seorang...namun semua memberi jawapan yang sama...semua pergi meninggalkannya...

Selepas gagal mendapatkan kebaikan daripada bapa,ibu,isteri dan anaknya, dia kembali kepada ALLAH dengan ketakutan. 
Beliau berkata,

“ Wahai Tuhanku, aku sudah meminta daripada saudaraku, ibuku, bapaku, isteriku dan anakku. Namun tidak seorang pun daripada mereka yang mahu memberikan kepadaku satu kebaikan.”
Kemudian ALLAH berkata...

       “ Aku lebih sayang padamu daripada mereka . Wahai malaikat-Ku, masukkanlah dia ke dalam syurga.”

SUBHANALLAH...ALLAH itu teramat lah kasih kepada kita DIA yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...tiada tolok bandingan...

Cuba perhatikan tafsiran Ibnu Abbas ni. Walaupun mereka adalah anak, isteri, bapa dan ibunya sendiri, maka mereka tetap tidak mahu memberikan amal kebaikan mereka. Walhal hanya satu amal kebaikan sahaja yg dimintanya adalh yang paling kecil nilainya.Dia hanya meminta kebaikan yang sebesar zarah ataupun sebesar biji sawi sahaja. Walaupun begitu, mereka masih berat hati memberikan dan rela meninggalkan bapa, suami, anak ataupun  ibu sendiri dalam keadaan ketakutan berhadapan dengan balasan api neraka.

Daripada tafsiran ni dapat dibayangkan betapa dahsyatnya proses timbangan amal. Mereka yang lebih berat amal kejahatannya pasti menangis. Sebaliknya, mereka yang lebih berat amal kebaikannya pula pasti berbahagia.


·         Dari hanya sedikit part of  dis book...its really1000x means to my life...apa yg penulis ni sampaikan dalam buku TERPELANTING DARI SIRATOLMUSTAKIM ni da jadikan aku ISLAM yang BARU...seorang yg btol2 ISLAM...status ISLAM  dalam kad pengenalan yg layak aku banggakan...

·         AKU bayangkan insan di dalam ayat ALLAH itu( yg kurang sebesar zarah kebaikan dan meminta2 ihsan dri saudaranya namun kecewa tnpa sbrg ihsan) adalah ALLAHYARHAM ABAHKU...aku xnak abah tersayang ku dimasokkan dalam neraka dengan perasaan sedey krana aku anaknya sndiri kejam & zalim pada ABAH sndiri.AKU BERTEKAD UNTUK MENGUMPUL SEBANYAK MUNGKIN KEBAIKAN...AGAR APABILA MANA  AHLI KELUARGA KU MEMERLUKAN BANTUAN IHSAN KEBAIKAn KU...AKU DAPAT MEMBERISEBANYAK MANA>>SEBERAH MANA ZARAH YANG MEREKA PERLU KAN... ^_^ ALLAHUAKBAR!!!...BANTU AKU MENDAPAT SYURGAKU BERSAMA SEMUA AHLI KELUARGAKU & JIKA MUNGKIN...SEMUA UMAT ISLAM Y G LAIN...namun aku taw aku bukan siapa2 disisi-MU aku terlalu kerdil dan byk dosa. Jauh dari syafaat NABI ALLAH MUHAMMAD...YA ALLAH bantu aku supaya istiqamah untuk jadi HAMBA-MU yang tinggi kedudukan di sisi- MU dan layak mnjadi umat yg akn menerima SYAFAAT RASULULLAH (SAW)  amin Ya Rabbal A’lamin

WALLAHUAAM
Renoongan boo-what diriku yg berdosa ini dan sahabat2 yg dirahmati ALLAH sekalian (^_^)

Sunday 30 September 2012

UNTUNGNYA MENJADI PEREMPUAN

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM
ASSALAMMUALAIKUM WBT...

 Mungkin ada ramai yg pernah terdetik  mengeluh di dalam hati...” susahnye jadi perempuan...smua bnde nak kene jage...itu tak boleh ini tak boleh...” astaghfirullahal'azim...istighfar ya ukhti...jika kite2 taw bahawa betapa untungnya kita dilahirkan sebagai perempuan, tentu kite sentiasa mengucapkan syukur pada ILLAHI...ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...


           1.      Perempuan wajib taat kepada lelaki(suami) tetapi lelaki  wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya.Bukankah ibu adalah seorang perempuan???

     2.       Perempuan menerima pusaka kurang daripada lelaki(suaminya) tetapi harta itu menjadi milik peribadi dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakal lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

           3.    Perempuan(ibu) bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan semua makhluk ALLAH di muka bumi ini.

          4.    Dia akhirat kelak,  seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita: isteri, ibu, anak perempuan dan saudara perempuannya.  Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya dipertanggungjawabkan oleh 4 orang lelaki : suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelakinya.

         5.     Seorang  lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi perempuan(isteri), jika taat pada suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAh akan menerimapahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


Wahai wanita...kita adalah hamba-NYA yang terpilih. Jadi usahlah sia-siakan keistimewaan tersebut.Pabila semua asas Islam telah berjaya disemat dan diamalkan, InsyaALLAH kita akan membesar sebagai wanita yang baik.Wanita yang menjadi rebutan untuk dijadikan isteri. Isteri solehah adalah harta yang paling mahal bagi setiap  suami. Isteri solehah adalah dambaan setiap lelaki.Berbahagialah  kita nanti menjadi isteri yang solehah, berkat kesabaran membentuk peribadi mahmudah pada usia remaja kita ini.




Renungkanlah...
Mengapa memperdagangkan diri semata-mata?
Mengapa menjaja cintamu untuk hiburan duniawi?
Bukankah lebih baik menjual jiwamu kepada ALLAH???
Kerana DIA pasti sudi membeli  jiwamu itu dengan harga yang paling mahal...

WALLAHUALAM
Renungan boo-what diriku dan sahabat2 mukminah yang lain ^_^

Tuesday 11 September 2012

Nilai sebuah azan



Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUM WBT...



Menjelang senja...azan maghrib yang kita nanti2kan...penantian yang tidak sabar2 ibarat menantikan kehadiran kekasih hati...namun sedihnya hanya azan maghrib yang kita dambakan semata-mata untuk meneguk air membasahkan tekak yang kering seharian dan mengisi perut yg kosong menahan lapar seharian...namun jiwa???apa yang diisi???wallahualam tepuk dada tanya iman...kenapa kita tidak nantikan azan subuh???azan zohor???azan asar???azan isyak???  setaksub kita menantikan azan maghrib di bulan ramadhan  yang mulia penuh barokah yang baru sahaja kita lalui itu???...tidak perlu tunggu bulan ramadhan...bulan2 lain juga...hari2 kite yg lain juga sepatotnya kita menantikan azan...menghormati azan...mempercepatkan solat kita...kita semua muslimin dan muslimah tahu akan hakikat soalan pertama yang akan dipersoalkan didalam kubur nanti adalah SOLAT !...namun kita mengambil mudah akannya...perkataan “ sekejap ” telah sebati setiap kali mendengar laungan azan...renungkanlah...ukur sendiri dimana tahap kita sebagai seorang ISLAM...mari hayati apa yang ingin disampaikan dari sepotong HADIS RIWAYAT IBNU MAJAH yang saya dapat dari tazkirah zohor TV3 ... ” maka tidak sempurna solat seseorang itu jika dia tidak menghadirkan diri untuk solat apabila mendengar panggilan azan, kecuali disebabkan keuzuran ”...

Wallahualam
Peringatan boo-what diriku & kengkawan yang dirahmati ALLAH  ^_^

Tuesday 17 July 2012

ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR...


Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Wahai insan 
renungkanlah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu
sedarkah engkau akan gerak  hati
Wahai akal
terfikirkah engkau akan apa yang bakal berlaku???



Andai ini RAMADHAN  KU YG TERAKHIR kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanjikan ILLAHI
Kematian...adalah sesuatu yang pasti...



Andai ku tahu ini RAMADHAN TERAKHIR
Tentu siangku sibuk berzikir
“a’la bizikrallahi tat mainnal qulub”
Kerna dengan zikir hatiku akan tenang
Biarpown anak tekak ku kering kehausan air
Tentu aku tidak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu...
Merayu ...
Kepada-Nya Tuhanku yang satu



Andai aku tahu ini RAMADHAN TERAKHIR
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai
Sungguh kusyuk’ dan tawadhuk’
Tubuh, minda dan qalbu...bersatu memperhambakan diri
Mengadap Rabbul Jalil
Menangisi kecurangan janji
innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil a’lamiin”
“sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku, dan matiku...ku serahkan hanya kepada ALLAH Tuhan seru sekelian alam”



Andai aku tahu ini RAMADHAN TERAKHIR
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan



Andai ku tahu ini RAMADHAN TERAKHIR
Tentu malamku aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiammualail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih...
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi aku tak sanggup untuk ke neraka-MU”



Oleh itu duhai ILLAHI
Kasihanilah daku hamba-MU yang
Hina
Dhaif
Jahil
Lagi banyak berdosa ini
Menikmati bulan yang dirindui oleh para nabi dan sahabatnya
Moga setiap langkah ku zuhud kepada-MU
Moga aku istiqamah di Ramadhan ini.


Ya ALLAH tidak terbayang bagi ku andai ini ramadhan terakhirku... tidak terbayang bagi ku andai  aku  sedar dari tidur ku dan aku telah berada didalam pusara ku untuk menghadapi soalan2 malaikatmu...tidak terbayang bagi ku andai mati ku dalam aku mensia2kan bulan mulia yang kau kurniakan bagi ku untuk mengumpul seribu bahkan jutaan bekalan untuk duniaMu yang abadi...tidak terbayang bagi ku andai di ramadhan terakhirku,aku sibuk menyediakan persiapan syawal melebihi ramadhan disaat orang lain mengejar malam lailatul qadar-Mu...malam yang lebih baik dari seribu bulan...tidak terbayang bagi ku andai  aku tidak lagi mampoo menatap wajah ibondaku dan bersama2nya meraikan kemenangan orang islam di bulan syawal ...amponkan aku Ya ALLAH...peliharalah aku agar aku manfaatkan nafas ini...nyawa ini di ramadhan ini...Amin Ya RabbalA'lamin.



Renoongan boo-what diriku & kengkawan ^_^
wallahualam

Saturday 14 July 2012

PenGaKuAn BoYzZz ToWaRDs GuRLzZz


Bismillahirrahmanirrahim
AssaLamualaikum w.b.t


Kami sulit menahan pandangan mata kami
Ketika melihat kalian...
Apalagi jika kalian diamanahkan ALLAH
Kecantikan dan postur yang ideal...
Kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian
Kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian.


Kami sulit menahan pendengaran kami
Ketika berbicara dengan kalian...
Apalagi jika kalian diamanahkan oleh ALLAH
Suara yang merdu dengan irama yang mendayu...
Kerana itu tegaskanlah suara kalian
Tatkala berbicara berhadapan dengan kami
Dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
Bayangan-bayangan hati kalian...
Ketika  kalian dapat menjadi
Tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami...
Waktu luang kami kadangkala akan terisi
Oleh bayangan-bayangan kalian...
Kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
Menjadi curahan hati bagi kalian.



Kami tahu kami insan yang lemah
Bila harus berhadapan dengan kalian...
Kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
Hanya dengan senyuman kalian...
Hati kami akan bergetar
Ketika mendengar dan melihat kalian menangis.




Sungguh ALLAH telah memberikan amanah 
terindah kepada kalian...
Maka jagalah amanah itu...
Jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-NYA.



Maha Besar dan Maha Suci ALLAH yang tahu
Akan kelemahan hati kami ini...
Hanya dengan ikatan yang suci dan diredhai-NYA
Kalian akan menjadi yang halal bagi kami.




“Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini YA RABB.
ampunilah daku...
Untuk setiap pandangan yang tidak terjaga...
Untuk iman yang tidak terpelihara...
Lisan yang merayu dan hati yang tidak terhijab.



YA RABB, Engkaulah mengawasi kami setiap detik...
Kerana kasih sayangMU YA ALLAH pada kami...
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
Menemani kami siang dan malam
Agar  iman kami dapat terjaga...
Aminnn Ya RabbalA’lamin.


geng  gugurl sering tertanya kenapala geng boyboy suka memandang gadis2 cantik???...kenapa boyboy laju je memegang tangan serta memeluk  disaat  si gadis yg kononnya milik  mereka tu menangis???... kenapa boboy yg kononnya penuh ciri2 kejantanan bak aaron aziz tiba2 menjadi  mat romeo bak mat korea  bermuka jambu mengadu manja kesakitan & masalah  pda  si gadis???...

&&& semua jawapan itu ada pada geng gugurl sendiri sbenarnya...

kenapa gugurl yg punya kelebihan wajah & body yg cantik suka memakai pakaian ibarat bertelanjang??? ...Kenapa gugurl tiba2 berubah manja & menyerlahkan kegedikan tatkala berdepan dengan sang pujangga???...kenapa gugurl automatik melembutkan suara mengalahkan suara semut tatkala sang pujangga menelefon mereka??? Dan kenapa gugurl perlu menyerlahkan kerisauan dan memberi layanan 1st class melebihi ibu bapa sendiri apabila mendengar kabar tidak sihat mereka???

wallahualam
Renoongan boo-what diriku & kengkawan ^_^