Sunday 30 September 2012

UNTUNGNYA MENJADI PEREMPUAN

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM
ASSALAMMUALAIKUM WBT...

 Mungkin ada ramai yg pernah terdetik  mengeluh di dalam hati...” susahnye jadi perempuan...smua bnde nak kene jage...itu tak boleh ini tak boleh...” astaghfirullahal'azim...istighfar ya ukhti...jika kite2 taw bahawa betapa untungnya kita dilahirkan sebagai perempuan, tentu kite sentiasa mengucapkan syukur pada ILLAHI...ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...


           1.      Perempuan wajib taat kepada lelaki(suami) tetapi lelaki  wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya.Bukankah ibu adalah seorang perempuan???

     2.       Perempuan menerima pusaka kurang daripada lelaki(suaminya) tetapi harta itu menjadi milik peribadi dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakal lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

           3.    Perempuan(ibu) bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan semua makhluk ALLAH di muka bumi ini.

          4.    Dia akhirat kelak,  seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita: isteri, ibu, anak perempuan dan saudara perempuannya.  Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya dipertanggungjawabkan oleh 4 orang lelaki : suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelakinya.

         5.     Seorang  lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi perempuan(isteri), jika taat pada suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAh akan menerimapahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


Wahai wanita...kita adalah hamba-NYA yang terpilih. Jadi usahlah sia-siakan keistimewaan tersebut.Pabila semua asas Islam telah berjaya disemat dan diamalkan, InsyaALLAH kita akan membesar sebagai wanita yang baik.Wanita yang menjadi rebutan untuk dijadikan isteri. Isteri solehah adalah harta yang paling mahal bagi setiap  suami. Isteri solehah adalah dambaan setiap lelaki.Berbahagialah  kita nanti menjadi isteri yang solehah, berkat kesabaran membentuk peribadi mahmudah pada usia remaja kita ini.




Renungkanlah...
Mengapa memperdagangkan diri semata-mata?
Mengapa menjaja cintamu untuk hiburan duniawi?
Bukankah lebih baik menjual jiwamu kepada ALLAH???
Kerana DIA pasti sudi membeli  jiwamu itu dengan harga yang paling mahal...

WALLAHUALAM
Renungan boo-what diriku dan sahabat2 mukminah yang lain ^_^

Tuesday 11 September 2012

Nilai sebuah azan



Bismillahirrahmanirrahim
ASSALAMUALAIKUM WBT...



Menjelang senja...azan maghrib yang kita nanti2kan...penantian yang tidak sabar2 ibarat menantikan kehadiran kekasih hati...namun sedihnya hanya azan maghrib yang kita dambakan semata-mata untuk meneguk air membasahkan tekak yang kering seharian dan mengisi perut yg kosong menahan lapar seharian...namun jiwa???apa yang diisi???wallahualam tepuk dada tanya iman...kenapa kita tidak nantikan azan subuh???azan zohor???azan asar???azan isyak???  setaksub kita menantikan azan maghrib di bulan ramadhan  yang mulia penuh barokah yang baru sahaja kita lalui itu???...tidak perlu tunggu bulan ramadhan...bulan2 lain juga...hari2 kite yg lain juga sepatotnya kita menantikan azan...menghormati azan...mempercepatkan solat kita...kita semua muslimin dan muslimah tahu akan hakikat soalan pertama yang akan dipersoalkan didalam kubur nanti adalah SOLAT !...namun kita mengambil mudah akannya...perkataan “ sekejap ” telah sebati setiap kali mendengar laungan azan...renungkanlah...ukur sendiri dimana tahap kita sebagai seorang ISLAM...mari hayati apa yang ingin disampaikan dari sepotong HADIS RIWAYAT IBNU MAJAH yang saya dapat dari tazkirah zohor TV3 ... ” maka tidak sempurna solat seseorang itu jika dia tidak menghadirkan diri untuk solat apabila mendengar panggilan azan, kecuali disebabkan keuzuran ”...

Wallahualam
Peringatan boo-what diriku & kengkawan yang dirahmati ALLAH  ^_^