Thursday 29 May 2014

Lelaki idaman...


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT...

Lelaki  idaman...
Seorang lelaki yang aku idamkan ...
Ialah seorang BUTA,BISU,BAKHIL DAN PAPA...
Biarlah dia seorang yang buta ...
BUTA, kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha’ ...
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi...
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan ALLAH...
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat di Palestin,Ambon, Bosnia  dan seumpanya.

Biarlah dia seorang yang BISU...
Bisu,bisu daripada  pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan...
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran...
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran...
Asalkan bibirnya basah mengingati  ALLAH...
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran...
Asalkan dia petah membangkangkan kemungkaran...
Dan lantang menyuarakan kebenaran.

Lelaki yang aku idamkan ialah lelaki yang BAKHIL...
Bakhil, Bakhil dlm memberikan senyuman...
Pada wanita yang bukan mahramnya...
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya...
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya...
Tapi dia begitu pemurah untuk mempertahankan akidahnya...
Pemudah dalam memberi nasihat dan teguran...
Sehingga dia  sanggup menggadaikan hartanya...
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILLALLAH...
Kembali megah dimuka bumi.

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang PAPA...
Papa,Papa dalam melakukan perkara maksiat...
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan bermanfaat...
Papa dalam memilki sifat mazmumah...
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan...
Dia begitu kaya memiliki  ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia...
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalm mengharungi tribulasi kehidupannya...
Dan dia seorang yang kaya dalm membina jati diri...
Dia mahu menjadi seorang syuhada...
Yang syahid di jalan yang Maha Esa.








Persoalannya...
Masihkah ada lelaki sebegini???

Semua insan  impikan suami yang terbaik...

Namun  persoalannya...diri kita bagaimana???
kita meluat dan menghina boyfriend yang pantas memegang tangan girlfriendnya  didepan mata kita...namun kita tidak sedar kita juga asyik menonton scene2 bercumbuan mamat korea jambu tanpa ada usaha untuk skip & forward agar mata & hati kita terpelihara daripada ingin melakukannya...
kita mencemuh lelaki yang tidak ke masjid ,masih  asyik bermain bola dipadang ketika azan berkumandang  namun kita tidak mencemuh pada diri sendiri yang tidak  cepat2 menapak ke  masjid, sebaliknya asyik memandang  ke padang tanpa menundukkan pandangan kpd lelaki ajnabi,
 kita memandang rendah pada lelaki yang tidak menjaga solat,kononnya tiada ciri2 imam yang kita idamkan namun kita tidak sedar solat kita sendiri tidak sesempuna  mana...masih jahil dan pandang ringan bahawa kita wanita perlu menqada’ solat tertentu selepas kedatangan haid... kita juga tidak berusaha menjaga solat kita...
Oleh yang demikian persiapkan diri menjadi yang terbaik sebelum mendapatkan  jodoh yang terbaik untuk kita.Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...
WALLAHUALAM
Renoongan boo-what diriku & kengkawan ^_^

No comments:

Post a Comment