Saat
menderu moto yg ku bonceng semakin
hampir mendekati stadium MBPJ sudah menggetarkan hati…xtw mengapa hati ni
bedegup kencang…mungkin kerana azam dan niat
yg sudah lama terpendam bakal tercapai
seberapa tika saja lagi…”melihat ustaz azhar idrus secara LIVE”...ye…sbelum ni
sudah byk kali mghadiri kuliah beliau di surau2 berdekatan dengan Universiti
Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu tempat aku belajar kini.Negeri Penyu
itu adalah negeri kelahiran dan tempat tinggal pendakwah bebas terkenal
tersebut namun tidak sekali pown aku dapat mendengar beliau berceramah secara
bersua muka…Surau yg aku hadiri biasenye ade penghadang pembahagi antara kawasan saf muslimin dan muslimat.
Satu ketika
dahulu semasa aku di Semester 1 aku
pernah bersua muka secara dekat dengan beliau di sebuah kedai Komputer di pusat
Bandar Kuala Terengganu namun betapa ruginya bila dipikirkan kembali saat itu
kerna ketika itu aku hanya tahu “gitu2” je tntang beliau.Hanya cam tak cam shje
wajah beliau,blum lagi mengikuti ceramah2 beliau di You Tube.Biarlah orang nak
kate aku taksub pada beliau atau ape pown…janji aku tw ape yg buat x bercanggah
dengan suruhan-NYA.yang aku tw perasaan seronok itu tidak dibuat2 untuk duduk
berkumpul dengan golongan dirahmati ALLAH bersama2 mendapat ilmu ALLAH secara LIVE.Aku sangat
menghormati beliau seperti seorang guru
yg da membuka jalan untuk aku lebih mendalami ilmu agama selepas mndengar
ceramah2 beliau.Bak kate sahabat sekuliahku dahulu.” Buatlah ape pown nak buat
dalam hidup…janji tak langgar suruhan ALLAH”…Dengan izin dari ALLAH Azza
Wajalla, syukur Alhamdulillah jauh di Petaling Jaya ini tempat pertemuan aku
dengan golongan beriman,berilmu dan beramal yg in sha ALLAH sudah pasti mendapat keredhaan ALLAH Azza
Wajalla dalam usaha mereka menyampaikan ilmu ALLAH penyambung perjuangan para anbia… Nabi Junjungan Kite Smua…Nabi Muhammad Ya Rasulullah saw .Aturan ALLAH
untuk aku menjalani Latihan Industri ku di Kelana Jaya membawa seribu hikmah
padaku.TErima Kasih ALLAH Ya Rabb.
Setelah
mengambil tempat di tikar yg sudah sedia terbentang bgi bakal pengunjung yg
diredhai ALLAH kerna menghadiri majlis ilmu(Taman Syurga)…tanpa disedari
mengalir air jernih jatuh kepipi ku…sayu benar rasenye azam dan niatku tercapai
setelah sekian lame.Ditambah dengan Qasidah dari adik2 comel berjubah putih
lengkap beserban sangat menyejukkan mane2 mata yang memandang dan menyayukan
hati yang mendengar …dari selesai magrib tadi mereka telah mula berqasidah sebagai
pembuka majlis bisik hatiku.Mereka
inilah bakal2 pemimpin suatu hari nanti…pemimpin yang beriman yang meraikan dan
mengamalkan sunnah Rasulullah saw yang bakal mnjadi contoh kepada generasi akan
datang in sha ALLAH dengan izin ALLAH.
Hati makin
tidak sabar menunggu forum perdana dimulakan.Semasa lalu di depan Amcorp Mall
mencari parking tadi aku telah terpandangkan pengurus Ustaz AZhar Idrus bersama
Ustaz Syed NOrhisyam bersalaman dengan para pengunjung yg lain, namun kelibat
Ustaz Azhar masih belum kelihatan dimataku hinggalah...tiba2 satu pengumuman tntang sudah masoknye waktu
fardu isyak kedengaran dan azan bakal dilaungkan sebentar lagi.Semua pengunjung
dijemput untuk mengambil tempat untuk solat isyak berjemaah. Subhanallah…xpernah
seumur hidupku terbayang akan solat
berjemaah beramai2 ditengah padang…kupikirkan pemain bola je yg berpeluang
menikmati nikmat solat berjemaah di padang yg lapang berbumbungkan langit
ciptaan ALLAH yg tiada tolak bandingan indahnya.ALHAMDULILLAH. Kemanisan nikmat
berjemaah bertambah dirasai apabila mendengar suara lunak Ustaz Haslin
Baharin mengalunkan ayat suci Al-Quran
mengimamkan ratusan jemaah atau lebih.Terkejut sungguh hatiku menganggu
kekusyukan solat kerana sangat cam akan suara tersebut…Ustaz yang terkenal
dengan gelaran Ustaz Bollywood.hehe
Selesai
solat MC menjalankan tugasnya, aku bersama sepupu segera mencari tempat terbaik
dihadapan.Dari jauh nampak Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Haslin Baharin Dan Ustaz
Syed NorHisyam diiringi naik
kepentas.Subhanallah…sejuk mata memandang mereka2 yg dekat dengan ALLAH
ini…tenang sungguh air muka mereka.Menonton di TV mahupown di You TUBe lain
benar perasaannya jika nak dibandingkan perasaan aku tika itu.Bagaimana pulalah
sayunya hati tika kite dapat melihat wajah RASULULLAH saw di hari kebangkitan
nanti…wajah maksum yg terpelihara dari dosa.Subhanallah tak terbayang rasanya
hati ini.Teringat akan kisah pelajar UIA yang bermimpi bertemu Rasulullah saw …
“wajah
yang bercahaya .Wajah baginda Subhanallah..indah sekali, tak dapat nak
digambarkan. Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang
dengan hanya melihat wajah baginda. “
Semoga kite
semua beroleh syafaat baginda RAsulullah
saw disana nanti.In sha ALLAH.
Tajuk forum
perdana pada malam itu ialah Negeri Yang BAik mendapat KEampunan Allah.Seperti
biase yang ku tonton dari You Tube moderator Ustaz Syed Norhisyam mengendalikan forum perdana dengan
menceritakan sedikit cerita sebagai pembuka
forum.Malam itu cerita beliau mengahadiri majlis perkahwinan ustaz Azhar lalu ustaz Azhar berbisik sesuatu kepada
beliau dikongsi bersama semua pengunjung yang khusyuk mendengar.Apa yg dibisik
menjadi tanda semua apabila gambar tersebut diupload dilaman social Facebook…katanya
hanya dengan bergambar dengan Ustaz Azhar sudah dapat mnumpang
popularity…gambar tersenut mendapat “like” tertinggi di Facebooknya…
Dimulai
dengan UStaz Haslin kemudian sesi menjawab soalan dari soalan2 terkumpul oleh
Ustaz Azhar. 2 pusingan berlangsung berkaitan
tajuk dan pusingan ketiga adalah berkenaan persoalan bulan ramadhan
memandangkan kurang atau lebih seminggu lagi in sha ALLAH kite smua bakal
menjalani ibadah puasa.
Antara
pengisian pada malam itu yg dapat aku kongsikan adalah:
UAI:
pemimpin memain peranan penting dalam menghasilkan negeri yg baik …ALLAH tidak
memandag negeri tersebut tetapi memandang pemimpin yg memimpin negeri
tesebut.Tanggungjawab yang dipikul pemimpin amatlah besar dalam mengadakan
program2 forum sebegini supaya
penceramah agama dapat menerangkan apa yang patut yang tidak patut dilakukan
kepada masyarakat.Program2 agama perlu ditingkatkan dalam mendapat keredhaan
ALLAH.
Ustaz
Bollywood: Solat will give a guideline. Anak yg cukup solat 5 waktunya tak salah untuk dia bercinta asalkan berada
dilandasan yg benar.Solatnya akan memeliharanya dari melalukan perkara yg
bercanggah…tiada berpegangan tangan , bermesej
tetapi tidak meleret2 benda yg tak perlu dan perkara2 haram yang tidak
sepatutnya yang lain.
UAI: Kalau
beri duwet yang banyak pada rakyat boleh bagi kemenangan dan pemimpin tu
dikatekan baik…Kalau beri duwet yang banyak boleh tarik orang ikut agama islam …baik
NAbi Muhammad saw tak perlu bersusah menyampaikan dakwah mengajak manusia
mentaati ALLAH.Baik baginda saw minta dari Jibril duwet berjuta bagi pada orang
kafir supaya mereka masuk islam.
Fikir2kanlah maksud tersirat kate2 beliau
tersebut
Ustaz
Bollywood: orang yang tidak sombong
tidak akan menghina para ulamak,penceramah agama. LAntak “dia”lah nak kahwin lebih pown.Yang korang sibuk nak
menghina beliau begitu begini di Facebook knape??ingat “die” je ke nak kahwin
lbih???aku pown nak! Hahhaa…dengan nada gurauannya.Aku bukan takowt nak kahwin
lebih tapi isteri yang menakutkan” hahaha gurau beliau yg tidak kering dgn lawak
jenakanya
UAI:
pemimpin sepatutnya bersikap pemurah di bulan ramadhan.Ni tak…bulan syawal
beria buat open house sampai habis syawal…sampai bulan zulkaedah tak berhenti
lagi dengan open house.Sepatutnya bulan ramadhan la ambil kesempatan beri orang
makan.Buat majlis berbuka PUase.bagi golongan yang berada pula laburkan sedikit
duwet belanja golongan susah…belikan baju raya buat mereka sekeluarga.berkongsi
rezeki.Kita akan berasa puas memberi makan orang pada bulan ramadhan dengan
duwit kte bukan niat untuk ujub atau bangga dengan pemberian kte tu.
Smoga aku berpeluang lagi menghadiri Taman2 Syurga yang lain.Amin...