ASSALAMMUALAIKUM WBT...
Mungkin ada ramai yg pernah terdetik mengeluh di dalam hati...” susahnye jadi
perempuan...smua bnde nak kene jage...itu tak boleh ini tak boleh...”
astaghfirullahal'azim...istighfar ya ukhti...jika kite2 taw bahawa betapa
untungnya kita dilahirkan sebagai perempuan, tentu kite sentiasa mengucapkan
syukur pada ILLAHI...ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...
1. Perempuan
wajib taat kepada lelaki(suami) tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama daripada bapanya.Bukankah ibu adalah seorang perempuan???
2. Perempuan menerima pusaka kurang daripada lelaki(suaminya) tetapi harta itu menjadi milik peribadi dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakal lelaki yang menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
3. Perempuan(ibu)
bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan
oleh segala haiwan, malaikat dan semua makhluk ALLAH di muka bumi ini.
4. Dia akhirat
kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita: isteri, ibu, anak perempuan dan
saudara perempuannya. Manakala seorang
wanita pula, tanggungjawab terhadapnya dipertanggungjawabkan oleh 4 orang
lelaki : suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelakinya.
5. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah
tetapi perempuan(isteri), jika taat pada suaminya dan menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAh akan menerimapahala seperti pahala orang pergi
berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Wahai
wanita...kita adalah hamba-NYA yang terpilih. Jadi usahlah sia-siakan
keistimewaan tersebut.Pabila semua asas Islam telah berjaya disemat dan
diamalkan, InsyaALLAH kita akan membesar sebagai wanita yang baik.Wanita yang
menjadi rebutan untuk dijadikan isteri. Isteri solehah adalah harta yang paling
mahal bagi setiap suami. Isteri solehah
adalah dambaan setiap lelaki.Berbahagialah
kita nanti menjadi isteri yang solehah, berkat kesabaran membentuk
peribadi mahmudah pada usia remaja kita ini.
Renungkanlah...
Mengapa
memperdagangkan diri semata-mata?
Mengapa
menjaja cintamu untuk hiburan duniawi?
Bukankah
lebih baik menjual jiwamu kepada ALLAH???
Kerana
DIA pasti sudi membeli jiwamu itu dengan
harga yang paling mahal...
WALLAHUALAM
Renungan
boo-what diriku dan sahabat2 mukminah yang lain ^_^